Monday, November 30, 2015

De Fam

Okay hrini na cite pasal de fam , firstly mmg tk kenal de fam ni spe . Tahun berape tah ade la gak tgk xde hal bro cover by de fam start situ dh minat de fam sbb syai suke tgk sophia liana  She so pretty , awesome 😍 tpi time tu diorang wt cover sikit , and then tahun ni seblom diorang jdi artist de fam wt cover black widow . Awesome gilaa suara diorang mcm artist international , rap tu perghhh 👍 . enjoy bila dgr suara diorang , sampai skrg la syai peminat setia de fam 😄 , sophia liana, azira shafinaz , cik manggis 💖  cre hip hop diorang mmg awesome ! Hahahha syai siap wt Dance Cover De Fam - #SUPERGIRLS tau 😂 hahahha kbye2

D'arab

Assalammualaikum ! Haaa Spe dok Ipoh? P la kt D'arab , sedap gile dia punya roti arab , mee goreng dia pun sedap gak . Kalau tk silap kt meru . Kbye tu je nk bgi tau hahahah nanti syai post agy k hahahaa

Tuesday, September 22, 2015

Spent Time with Family

Assalammualaikum , Hee dh lme syai hilangkan? Hahahah , sorry le bsy , Throwback je , Best Tau dh lme Tk Main Bowling , Tpi Bila Dh Main asyik Longkang je hahahha , Anyways Mmg Enjoyyy , So Cuti Ni Korang Ke mne? Cuti Seminggu je Hahaha ,  Okay lah tu aslkan cuti , ye dok? Alright Nanti Ape² Syai Update Lagiii hehe

Sunday, August 2, 2015

Beli Harian Metro Sbb Nk Tgk Diri Sendiri

Assalammualaikum , Eh  Eh Tajuk Mcm Over La Plak hahahah , Haaa ,Spe² yg style tu , pegi insta follow @genyhm , Nanti Kalau gmbr korang paling style , Gen Y Akn Pilih Gmbr korang , ohh yaa jgn lupa #ootdgenyhm , and then gmbr korang masuk la paper mcm gmbr syaii tu hehe , Bgi Syai Style Tu Penting Ye dok? Hee , kk Tu je nk bgi tau Good Night Sweet Dream byee

Jamuan Raya Sekolah

Assalammualaikum dh lme tk post , hee bsy sikit , em em , sonok hritu jamuan raya , yelahh sebenarnya tu baju ibu syai , hahahha >< , Ramaii Yg Ckp Baju Tu Cantik , bila Syai Ckp , Ni Baju Mak Aq , Diorang Semua tk Caye , >< huiii , hahah >< , yelah baju raya syai mcm Blouse , So X bleyh Pakaii Kt Skola Cikgu Nk Baju Kurung Jgk , Ponggah² Terjumpa Baju Ibuu Nasib Muat ... Hahhaha :3 ,

Wednesday, July 22, 2015

15 Tips Fashion Untuk Lelaki

Assalammualaikum ,
Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana  penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho,maskulin dan tampan bergaya.
 
1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
 
 
2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
 
3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
 
 
4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?
 
5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
 
 
6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.
 
 
7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
 
 
8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut.  Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
 
 
9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.
 
10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.  
 
 
11.Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.
 
 
12.Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda, kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda. 
 
 
13. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
 
 
14.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting. 
 
 
15.Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.

Tips Fashion For Remaja Perempuan

Assalammualaikum ,
Saat ini, fashion untuk remaja perempuan telah menjadi bagian yang sangat penting dari kehidupan mereka. Apakah mereka membutuhkan gaun baru atau tidak, remaja perempuan pasti akan tergoda untuk membeli Dress baru yang dirancang dan ditampilkan di pusat perbelanjaan setempat.
Memang benar bahawa fashion membantu meningkatkan keindahan dan kepribadian seseorang secara keseluruhan, tetapi ada hal-hal tertentu yang perlu Anda perhatikan ketika memutuskan fashion apa yang akan dikenakan, contohnya untuk remaja perempuan.

Ada aturan dasar tertentu yang harus diikuti sehingga Anda dapat meningkatkan kecantikan fisik Anda dan tidak merusaknya.
Berikut adalah beberapa tips fashion yang menarik dan indah bagi para gadis-gadis atau para remaja perempuan dan dijamin tidak akan salah.
1. Salah satu aturan pertama dari fashion untuk remaja perempuan adalah bahawa Anda harus berdandan sesuai dengan jenis tubuh yang Anda miliki. Jangan membabi buta meniru fashion kerana Anda pasti tidak ingin melakukan apa yang disebut sebagai “bencana fashion”. Bahkan wanita yang paling cantik di dunia mungkin memiliki kelemahan tertentu dan para perempuan ini cukup pintar untuk menyembunyikan kekurangannya ini dengan pakaian yang tepat. Ketika membeli gaun baru, selalu ingat kekurangan dari tubuh Anda dan jenis tubuh Anda. Dress yang Anda pilih tidak hanya menyembunyikan kekurangan Anda, tapi pada saat yang sama, pakaian tersebut harus mendorong keluarnya fitur yang menarik dari dalam diri Anda.

2. Gadis-gadis atau remaja perempuan yang memiliki bahu lebar atau dada yang besar harus memakai pakaian yang tidak akan menarik perhatian ke daerah-daerah bagian tubuh tersebut. Bagi gadis-gadis yang memiliki berat bagian atas harus mencoba mengenakan atasan dan blus dengan garis horisontal, potongan leher ‘V’ dan kerah kecil. Di sisi lain, gadis-gadis dengan berat di bagian bawah harus menghindari mengenakan gaun ketat. Celana longgar dengan pinggang rendah akan cocok. Rok longgar yang memiliki pola lurus juga akan sesuai.

3. Salah satu tips fashion lainnya yang penting bagi anak perempuan atau remaja perempuan adalah pilihan bra. Bra merupakan pakaian dalam yang penting dan Anda harus mengusahakan agar talinya tidak terlihat orang. Jika Anda memilih untuk mengenakan atasan spaghetti, pastikan Anda memakai bra tanpa tali karena memperlihatkan tali bra Anda adalah merupakan bagian dari penampilan Anda tidak Elok sama sekali.
Tips fashion cepat lainnya untuk anak perempuan atau remaja perempuan:
- Make-up cukup populer karena make-up membantu meningkatkan kecantikan fisik secara keseluruhan. Ketika memakai make up, usahakan tetap sealami mungkin. Hindari menggunakan warna-warna seperti ungu, biru dan hijau.
- Jika Anda Bertudung , Anda Harus Pandai Match Kan Tudung Dgn Baju Kalau Baju Bercorak Bunga tkkan
Tudung Pun Nk Corak Bunga? Tudung Mestilah Kosong(xde corak) Bru Padan .
-Kalau Tudung Bercorak , Baju Pulak Yg Kosong .
-And Then Kena Pandai Pilih Colour Jgn lah Pulak tudung Oren Tiba² Baju Hijau erm² Cam Pelik haha

- Jika Anda Freehair Gunakan aksesoris rambut yang kecil dan berkilau .
Pastikan diri Anda selalu tidak ketinggalan dengan trend fashion terbaru.

Tips Fashion Untuk Remaja Perempuan Berukuran Plus Hanya kerana Anda seorang remaja perempuan yang berukuran plus tidak berarti Anda tidak boleh menjadi ratu fashion!. Semaklah beberapa tips gaya / style berikut ini :
Jangan Bersembunyi Di Balik Pakaian Baggy
Kesalahan fashion terbesar yang dilakukan remaja perempuan yang berukuran plus adalah menyembunyikan diri di balik lapisan berukuran besar, pakaian longgar. Tujuannya adalah untuk menyembunyikan kelebihan berat badan mereka dengan menutup diri. Sayangnya, mengenakan pakaian longgar hanya membuat Anda terlihat lebih besar, dan menyembunyikan bentuk dan sosok yang Anda miliki. Sebuah baggy dan kemeja panjang akan menutupi pinggang Anda dan membuat tubuh Anda terlihat lebih luas daripada yang sebenarnya.
Para remaja perempuan yang berukuran besar sebenarnya membutuhkan pakaian yang lebih disesuaikan daripada rekaan-rekaan mereka yang lebih kecil !. Carilah pakaian yang sesuai dengan ukuran Anda, atau satu ukuran lebih besar jika Anda suka dan merasa sesuai dengan pakaian yang agak longgar – tapi tidak lebih dari satu ukuran di atas ukuran Anda yang sebenarnya. Ingat, lekuk tubuh Anda itu indah !.
Menonjolkan Yang Positif
Menjadi seorang remaja perempuan adalah tentang menjadi fashion ke depan. Kembangkan gaya pribadi, dan selalu menonjolkan atribut favorit Anda. Misalnya, jika Anda punya betis besar, jangan takut untuk memakai rok yang dipotong di atas lutut untuk menunjukkan betis besar tersebut. Hanya kerana Anda tidak berukuran empat tidak berarti Anda tidak bisa mengenakan pakaian bergaya. Bentuk tubuh yang indah dan menggairahkan sepenuhnya layak untuk ditampilkan !.
Kenakanlah Pakaian Berwarna-warni
Anda mungkin pernah mendengar bahwa hitam membuat terlihat langsing, dan meskipun itu benar, apakah Anda ingin terlihat seperti Anda pergi ke pemakaman setiap hari selama hidup Anda ?. tambahkan beberapa percikan warna cerah dalam hidup Anda. Tidak hanya Anda akan terlihat lebih baik, tetapi Anda akan juga merasa lebih baik.
Warna-warna cerah sebetulnya akan dapat mengangkat semangat Anda. Juga, ketika Anda memakai warna hitam, Anda menyatu dengan latar belakang yang ada sedangkan ketika Anda memakai yang berwarna, Anda akan terlihat menonjol – dan ya, itulah apa yang Anda inginkan!.  Anda, pertimbangkan untuk mengenakan warna nada permata yang mendalam, seperti teal, merah anggur dan plum. Meskipun dianjurkan untuk menghindari garis-garis horizontal jika Anda mencuba untuk terlihat lebih ramping, Anda tidak perlu menghindar dari pola.
Lengkapi dengan Aksesori
Fashion tidak hanya tentang pakaian. Fashion juga adalah tentang aksesori, seperti setiap fashionista tahu. Sebetulnya remaja perempuan yang berukuran plus dapat dengan mudah untuk tampak bergaya !. Anda harus mengkoordinasikan busana Anda dengan sepatu, perhiasan, dan tas Anda. Rambut dan makeup juga tak terpisahkan dari gaya Anda. Begitu banyak remaja perempuan yang berukuran plus yang mengabaikan penampilan mereka karena mereka merasa bahwa jika mereka tidak kurus mereka merasa tidak ada gunanya berusaha.

Tidak dapat disalahkan lagi !. Uruslah diri Anda sendiri dan peliharalah penampilan Anda. Dengan bentuk tubuh plus tidak berarti Anda tidak bisa juga memiliki gaya rambut yang terpanas. Lihat melalui majalah gaya rambut selebriti dan style² tudung terkini, mintalah kepada penata rambut Anda untuk meniru gaya untuk Anda – pastikan untuk membawa gambar. melalui teknik yang ia gunakan untuk membuat gaya – sehingga Anda dapat melakukannya sendiri di rumah. Anda boleh juga tgk tutorial style² tudung
Para remaja perempuan berukuran plus bisa menjadi para pakar fashion!. Ini semua adalah tentang menonjolkan hal yang positif dan mengembangkan gaya pribadi Anda sendiri.

Kelebihan Aloe Vera

Pengenalan Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, oh yeah Aloe Vera Juga Boleh Hilangkan Jerawat , Ambil Lendirnya And then Sapu Dkt tempat yg Ade Jerawat .. amalkan selalu insyaallah boleh hilang sbb kwn syai ade try , jerawat dia dh hilang ..

Diet Atkins - Cara Nak Kurus Tanpa Produk

DIET ATKINS
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda
Induction(fasa 1) (DOWNLOAD MENU disini)
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:
Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
Minyak masak, olive oil & sebagainya.
Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction:
Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

Ongoing Weight Loss (fasa 2)
Pre-maintenance (fasa 3)
Lifetime Maintenance (fasa 4)

Peringatan: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

Wednesday, July 15, 2015

Photoshoot Raya

Assalammualaikum , Morning , Haaa Tajuk Mcm Over lak hahah , Sempena Hri Raya Ni Kan , Syaii Ni Mmg Suka Photoshoot² Ni , So Syaii Ade la Sikit Photoshoot , Dlm 19 gmbr je , Photoshoot Untk Hri Raya .. Syaii mmg minat dlm Fashion and Then Bergambar , So Bila Syaii Minat Syaii Akn Usaha , Cri Kt Internet Or majalah² ,mula² cri tentang Fesyen , and then bru Tentang Photoshoot  yela , Kalauu Nk Bergambar ni Kene Pandaii Wt Reaksi Muka , Kadang² ada Serious , kdg² ade yg senyum , kita ikot tema la , xkn 24jam nk senyum hahah >< Owkay , Itu Je Erm Bye ♥

Esk Dh Raya ..

Assalammualaikum Morningggg , Hurm Harini Last Puasa , Haaa Korang Puasa Penuh Dak? hehhe , Esk dh Raya.. Pejam celik pejam celik tau² esk dh raya .. Cpt je mse berlalu .. Mesti Korang tk sabar Nk Kutip Duit Raye an? Hahaha , Yg Bdk² tu heheh , Erm Syai Ingin Memhon Maaf Sekira Terkasar Bahasa ke ape .. Kalau Korang Knl syaii , Yelahkan Manusia Semua Ada buat Salah , So Nk Minta Maaf Bnyk² And Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas Dri Syaidatul Zulaikha ♥ Bye

Class Decoration

Assalammualaikum And  Hey .. Owkay Hritu Tolong Cikguu Hias Kelas , Yelahkan Kelas Kotor and then kt Dinding Penuh Dgn Bekas Tapak Kaki --' So Klas Tk Berape Nk Cantik , And Then Bincang Ngn Cikgu Nk Hias Klas Sme² , So Hri Sabtu (x igt tarikh) Kitaorang Kemas Klas .. Bdk² Lakii Tolong Cat Dakk Pompuan Tolong Cikgu Balut Mejaaa , Taraaa , Cantik Dak? Hehe , Kalau Korang Xde Idea Nk Hias Klas Pi la Google Maybe Ade Idea Kt Situ Mne Tau Kan , hehe .. Tpi Not Fair la Jugak Antara ramaii bdk pompuan yg dtg yg rajin tolong cikgu dua org je syai n member .. Erggh yg lain tu hampehhh , ade yg bedating bagaii --' org dtg Hias klas ergh nasib bdk lakii nk wt keje kalau tk? Haihh , Bila Syai , Cikgu And member dh balut meja , yg lain tu dtg² skola terus nk pilih meja cantik² eh eh .. Tolong pon idakk , Ayooo .. Sabar Je lah .. Opss sorry meja berterabur time ni Tk Susun Lagi Meja hahah >< ... Before And After ...

Hari Karnival Sekolah

Assalammualaikum , ThrowBack Je Ni Hehe Hari Karnival Sekolah , Selfie Ngn Cikgu² ^^ Cikgu² Yg Sporting Gilosss heee , time ni mmg best , hri tu tolong cikgu msk >< yelahkan hri karnival mesti ade jual² ye dokk , sekolah² lain pown ade dtg .. Mmg enjoyy gila meriah .. Karaoke pown adee tpi syai ta nyanyi pown nanti hujan lak wakakakaka..>< kbye nanti I Crita Lagii ,

Kebaikan & Khasiat Tomato

Assalammualaikum Readers Haaa , Nk Bgi Tau Kebaikan & Khasiat Tomato , Tomato Mmg Fav Syai Kdg Kalau Order Nasi Goreng , Etc .. adk Syai Tk mkn Tomato Ape lagii Syai Ambil la  hahaha , So Now Spe Yg Tk Tau Kebaikan Tomato Syai Akn Crita Kan , TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Haa Yg Ni Syai Selalau Buat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit. Okay Dh Tau? Hee So Now Pgi Borong Tomato  ... Hahah Okay Bye.. ^^

PT3 Geografi

Assalammualaikum , Haa Tajuk Hrini hahah Psl Geografi Untk Pt3 , Mmg Penat la Jugak Yelahkan Time Bulan Puasa Kene Cri Org , Untk Interview Psl Kegiatan Ekonomi , Syai Pegi Merata Kesane Kesini , Kalau Spe Yg Sporting Nk la Diorang Jwb Soalan Syai , mmg Susah La jugak Nk cri Org , Nasib Rumah Syai Dkt Apartment So Senang Nk Cri Org Hee , kiataorang Ada Buat Group , antara Semua Org kt dlm Klas Group Syai Paling Siap Awl , 20 org responden , punya la Gembira hahaha , And then 2 , 3 hri group lain lak siap , syai ckp asl bnyk sgt responden ni? Diorang ckp , kan 1 org .  20 responden , hahahah , Adeyshh !! Kwn Satu Group Ngn Syai Beria ckp 1 Group 20 responden , Syai pown Dgr jela ckp dia sbb x nk dia bebel dh , rupa²nya salah  T_T . Nasib Baik Ta Hantar Lagi , So Kelam kabut Syai dibuatnya mse tu ade lagi 2 hri je tinggal , Perghh Time Tu Mmg Rse Nk Nangis hahaha penat gilaa , Nasib Baik Sempat Buat .. Hahaha and then Bila dh Hantar , 2 , 3 Minggu Tetibe Cikgu Panggil Syaidatul Zulaikha and the group  , haaa sudahh Ape lagi yg tk siap ? Adeyshh , hahahha Mmg time tu semua kne tahan kt surau cuz buat geo , Akhirnya Siap Gakkk Fuhh , Tk Tauw la Markah Bpe , erm Hrp Leyh Dpt A .. Amin :) Tpi Seriously penat , Syai la yg pegi prink gamba , borang --' Haihh Sabar je la..

My First Blog

Assalammualaikum and Hye Readers , i'm New here , My Name Syaidatul Zulaikha . Mmg Suke Update Blog , Dulu Dh Install Blog Dlm Fon . Tpi Tkde Mse Plak Nk Create Akaun hahah , So Now Install Blk Yelahkan Sbb Tgh Free hehe .. Owkay Bye ^^ Satgi Sambung ..